Cara Daftar Uber Kuala Lumpur Penang Johor Perak Melaka Kuching Kota Kinabalu Malaysia

Ada individu-individu yang membuat pra-pendaftaran menggunakan kod rujukan / referral saya tetapi tidak menyelesaikan pendaftaran yang boleh melayakkan mereka menerima imbuhan.


Langkah Pertama

Anda perlu klik link ini dan melakukan pra-pendaftaran. Sila pilih bandar yang betul semasa membuat pra-pendaftaran. Sebagai contoh, jika ingin memandu di Kuala Lumpur jangan pula mendaftar untuk Penang. Kerana akaun anda hanya akan aktif di bandar mana anda mendaftar. Ini adalah link tersebut:


www.uber.com/Driver-Sign-Up  <<< klik dan terus daftar sekarang !!!



Langkah Kedua

Selesai membuat pra-pendaftaran, anda akan menerima sms dan email di no HP dan email yang anda guna semasa membuat pra-pendaftaran. Email dan SMS tersebut akan menerangkan langkah seterusnya iaitu anda perlu menghadiri taklimat di tempat dan masa yang telah ditetapkan.


Langkah Ketiga

Sila hadir ke lokasi taklimat pada masa yang ditetapkan dengan membawa sekali kenderaan yang akan digunakan untuk tujuan pengesahan oleh Uber berserta kad pengenalan, cover note insurance dan dokumen lain yang diarahkan dibawa bersama seperti yang dimaklumkan melalui SMS dan email yang telah anda terima.

Ketika taklimat anda akan didaftarkan oleh staff yang bertugas. Mereka akan memeriksa kenderaan dan latar belakang pemandu. Kereta yang berusia lebih 7 tahun tidak akan diterima.

Tidak boleh berbahasa Inggeris juga tidak diterima kerana 70% penumpang tidak tahu berbahasa Melayu atau bahasa tempatan (pelancong). Selesai sesi tapisan dan pendaftaran, mereka yang berjaya akan diajar bagaimana beroperasi sebagai pemandu peribadi Uber. 

Sila sedia maklum bahawa pemandu Uber memiliki status yang lebih tinggi sebagai pemandu peribadi.


Langkah Keempat

Sila semak akaun pada applikasi Uber Partner anda samada sudah diaktifkan atau belum. Apabila sudah diaktifkan anda boleh terus memandu.

Sila lengkapkan 25 trip pada minggu tersebut untuk mengelakkan anda dikenakan yuran pengurusan (Uber Penang). Lain tempat lain caranya serta imbuhannya, jadi anda akan diterangkan semasa sesi taklimat.

25 trip ini tidak sesusah mana pun. Dua hari sahaja boleh complete. Paling cikai pun 3 hari. 
Jika 4 hari tu dah nampak ler sikit pemalasnya tu..hahaha...

Jadi pada asasnya ini sahaja yang perlu dilakukan untuk anda mendapat pendapatan sampingan. 

Jadi kat bawah ni screen shot payment saya pada minggu pertama. Saya daftar hari khamis, drive bermula hari Jumaat petang hingga hari Ahad...3 hari sahaja sambil santai-santai jadi pemandu Uber.

No comments:

Post a Comment